Selasa, 6 Mac 2012

Sinopsis Vanilla Coklat Lestary Tv3


Cepatnya masa berlalu, tup tup dah nak habis dah siri Cinta Elysa..mai pulak cerita baru Vanilla Coklat untuk slot Lestary. Nama pun dah macam aiskrim hehe..para pelakon utama  Izara Aishah, Aiman Mentor, dan  Iqram Dinzly tengok promo kat tv, Vanilla Coklat akan ditayangkan pada 20hb Desember ni. Tak dapat dah le tengok Botak Juvana lagii nanti… huhu!! 
Kita tuggu pulak le drama siri baru ni, kisah cinta jugak antara dua insan yang saling benci membenci..
dari twitter Izara Aishah, dia kata hero untuk drama Vanila Coklat ialah Aiman Mentor.
Sinopsis Vanilla Coklat :
Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.
Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,
sumber : budiey.com
Gambar gambar Izara Aishah dan Aiman Mentor
p/s : malam ni saya suka sangat babak mesra Shah Jaszle dan Tasha Shilla main2 sambil buat kek...hahaha
Read more: http://nurizspace.com/2011/12/sinopsis-vanilla-coklat-lestary-tv3.html#ixzz1oL4jUu34

Jumaat, 24 Februari 2012

lawak kucing

assalamualikum,hai semua hari ini saya ingin menghiburkan anda dengan video-video yang lawak mengenai kucing...
saksikan video yang di bawah...selamat terhibur...
Bila kucing jumpa air...


Kucing yang terdesak...


Patut la printer aku selalu stuck!!!!



Haiwan Eksotik: Sugar Glider....

Sugar glider adalah haiwan 'marsupial' yang telah diambil sebagai haiwan peliharaan eksotik yang comel di kebanyakan negara. Mereka ini tidak ada kaitan dengan tupai terbang. Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor haiwan peliharaan yang kecil.

 Memerlihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh. Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Bayangkan karenah budak berumur 3 tahun. Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati.Tetapi  mereka amat pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain. 

Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan sugar glider yang diambil sebagai haiwan peliharaan di Malaysia berasal dari Indonesia kerana kebanyakan negara lain tidak membenarkan sugar glider dieksport. 

Sugar glider yang liar membuat sarang di pokok dan mereka tinggal dalam koloni seramai 6 - 15 ekor. Secara umumnya sugar glider bukan dari keturunan tupai atau tikus, mereka ni lebih kepada kanggaru. Sugar glider betina ada kantung dekat perut dia macam kanggaru.

Mereka adalah haiwan yang berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur. Sugar glider dewasa berukuran lebih kurang seekor tupai terbang, kira-kira 5 - 7 inci panjang daripada hujung hidung hingga ke hujung badan (tidak termasuk ekor). 

Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm untuk yang jantan manakala yang betina beratnya dianggar dalam lingkungan 200gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu dan selalunya lebih panjang daripada badan mereka. 

Warna  suger glider akan berumur seiring dengan penambahan usia mereka. Di Malaysia kita ada sugar glider yang kelabu dan juga yang coklat. Kebanyakan yang coklat terjadi kerana tinggal di dalam tempurung. Oleh itu kalau tak nak sugar glider anda bewarna coklat, jangan letak dalam tempurung ye. Apa pun warna sugar glider, itu adalah keunikan mereka. 

video lawak...

assalamualaikum,hai sesiapa yang bosan lihat la video yang dibawah...


selamat melihat.....